BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SI SEMUT

2013 habiskan sijil..
online --> 31/03/2013

PENGHARGAAN ITU PENTING


Assalamualaikum.. rindunye nak kongsi cerita suka duka disini.. korang ape khabar.. hrp sihat laa ye.. ;)

Alhamdulillah N.s pun sihat sentiasa.. korang penah merasai cerita sedih?? Mesti penahkan, tipulah kalau tak ada.. walaupun korang happy untuk bahagiakan orang  sekeliling korang tapi still ade terdetik kat hati or perasaan sedih itu sendiri.. kan kan.. kalau nak cerita pasal sedih.. pasti ada cerita sedih yang lebih sedih daripada kita.. kesedihan ini timbul bila jiwa raga kita mula ada cinta, kasih dan sayang kpd mereka(insan yg muncul dlm hidup kita).. dari situ bila mereka yang kita cinta/syg melukai hati kita.. kita akan cepat terasa.. walaupun itu sekadar gurauan.. kita akan anggap itu perkara yg paling serius dan mengecewakan bila kwn @ org yg kita syg berkata bergitu.. 



sebagai contoh:: walaupun setengah ibu bapa yang susah nak paham kita.. kita perlu ingat yang mereka sedaya upaya mencurahkan kasih syg kpd kita walaupun kita susah Nampak.. ingat ye kawan2, walaupun ibu bapa kita tak paham kita @ memaksa tak boleh buat itu ini, semua tu untuk kebaikan kita.. itulah salah 1 kasih syg diorg utk kita.. dia risaukan kita, walaupun mulut diorg(ibu bapa) selalu ckp yang bukan-bukan, itu semua hanya marah mereka sahaja.. hati diorg kdg sedih bila terlepas cakap dekat anak-anak sebegitu tapi diorg tak tunjuk.. baguskan diorg, diorg taknak kita pun susah hati sbb mereka..janganlah korang ada simpan dendam or benci yang teramat sangat dekat mereka.. kesian mereka, penat mereka membesarkan kita, sekolahkan kita supaya menjadi manusia berguna 1 hari nanti.. kadang duit susah dapat, tapi diorang usahkan juga supaya kita dapat merasakan nikmat bersekolah dan pandai macam orang lain.. dengan itu korang wajiblah jaga ibubapa korang baik-baik.. doa adalah cara terbaik untuk mereka didunia dan akhirat.. jadilah anak yang soleh dan solehah ye.. 

kita juga harus/wajib menghargai orang yang pernah muncul dalam diari hidup kita, walaupun diakhir cerita, dia dan kamu agak merumitkan, ada kebencian, iri hati, kesedihan, dia wat tahi(bende tak elok).. itu semua kehidupan, mungkin takdir untuk kita.. ingat ye kawan-kawan, sebelum kita jumpa dengan orang yang betul, kita akan bertemu dengan orang yang salah terlebih dahulu.. anggaplah allah nak kita belajar dari kesilapan.. kalau diikutkan kehidupan ini penuh dengan kesedihan, kdg kala kesedihan itu boleh mengubah coraknya dengan penuh kegembiraan yang tak terhingga.. dengan itu hargailah mereka, JANGAN marah mereka lama-lama, tak baik.. kemaafan itu kunci segalanya.. ;D


0 comments: